BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 18, 2011

Antara PERCAYA dan YAKIN


“saya percaya Allah wujud,Dia yang cipta alam ni,Dia yang cipta saya,awak dan semuanya.”
“Maksud awak,awak yakin yang Allah boleh apa saja sebab Dia yang cipta semua benda?”
“Ya saya yakin,saya yakin Allah boleh buat apa saja.”
“So,awak yakinlah bahawa Allah boleh tukar jantina awak sekarang?”
“Eh,mana logik.Ikut akal la..”
“Tapi tadi awak cakap awak yakin,”
“Ye saye yakin tapi..”
“Tak,awak tak yakin tapi awak percaya.”
~~ END OF DA STORY ~~
Eh?Lainke percaya dan yakin?Bukanke same ke?Jawapannye,TAK.Yakin dan Percaya merupakan 2 benda yang cukup berbeza seperti buah melaka dan buah manggis.Walaupun kedua-dua buah namun buah melaka masak di atas kuali tapi buah manggis masak di pokok.Begitu juga dengan yakin dan percaya.Bukan semua orang yang percaya dia yakin dan semua orang yakin dia percaya.Ayat yang sama,bukan semua orang Islam beriman tapi semua orang beriman adalah Islam.So,anda yakin atau percaya dengan artikel ni skang?Anda yakin bahawa yakin dan percaya adalah dua benda yang berbeza atau anda sekadar percaya?Saya buktikan.
Suatu hari di sebuah kampung,datang seorang pemanah yang hebat bersama dengan anaknya.Dia mengumpulkan semua orang kampung di suatu tempat lapang dan dia menjerit, “wahai orang kampung,pada hari ini kamu akan saksikan kehebatak aku memanah.Aku akan letakkan buah epal ini di atas kepala anak aku dan aku akan panah buah epal itu pada jarak 10 meter.” Semua orang kampung menanti-nanti saat itu,adakah benar pemanah ini benar-benar hebat,adakah kata-katanya boleh dipercayai.Pada pusingan pertama,pemanah meletakkan buah epal ke atas kepala anak nya dan memanahnya dengan tepat,semua orang terpukau dan memberi tepukan gemuruh.Dia mengulangnya pada pusingan kedua,kali ini dia menutup sebelah matanya dan memanah,suhhhhh~,anak panah meluncur angin dengan begitu laju dan ~tap~ kena buah epal.Semua orang sekali lagi terkejut dan memberi tepukan gemuruh.Untuk menambahkan lagi kepercayaan orang kampung kepadanya,kali ini dia memberitahu kepada orang kampung bahawa dia akan memanah buah anggur yang diletakkan di atas kepala anaknyal.Semua hadirin berdebar-debar,andai kata anak panah itu melencong sdikit sahaja,maka ilanglah nyawa anaknya.Pemanah itu melepaskan anak panahnya,suasana tiba-tiba sunyi sepi.~Sussssh~ bunyi gelongsoran anak panah memecahkan suasana dan ~ptakkkk~ buah anggur itu ke belakang bersama anak panah.Orang ramai bagaikan gile,tidak percaya akan kebolehan pemanah itu.Pada pkran pemanah itu,dia sudah berjaya membuat orang percaya kepadanya,jadi diapun cuba menguji para hadirin yang hadir, “siapa di antara kamu yang berani menjadi tempat aku letak epal?”.Namun tunggu punya tunggu,tiada seorang pon yang berani.Kerana apa? Semua orang percaya bahawa pemanah itu adalah seorang yang handal memanah namun tiada seorang pun yang yakin bahawa jika epal diletakkan di atas kepalanya,pemanah itu tidak akan tersasar.Inilah bukti betapa percaya dan yakin itu adalah 2 komponen yang berbeza.
Masalah kita umat islam sekrang adalah kita tidak yakin bahawa Allah berada bersama kita.kIta percaya Allah bersama kita namun kita tidak yakin. Bagaimana yakin ini bukanlah satu bende yang senang untuk didapati seperti coklat cokicoki tetapi yakin ini adalah satu anugerah khas daripada Allah. Dinukilkan di dalam Al-Quran,Nabi Ibrahim,Bapa segala nabi pun meminta tarbiyah daripada Allah tentang ilmu yakin.Dalam surah Al-Baqara ayat 260, Allah berfirman:
Dan (ingatlah) ketika Nabi ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi ibrahim menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Betapa pentingnya ilmu yakin ini sehinggakan Rasulullah dalam awal dakwahnya menekankan keyakinan umat Islam terhadap Allah,syurga, neraka,kubur dan hari qiamat.Buktinya,lihatlah surah-surah yang turun semasa dakwah awal nabi,kebanyakannya mentarbiah pembaca yakin akan perkara-perkara ghaib.Apabila dalam diri para sahabat sudah datang ilmu yakin,barulah larangan itu suruhan ini Allah turunkan.Sebagai contoh larangan meminum arak dan suruhan untuk umat Islam berjihad.Semuanya kerana apabila kita meyakini sesuatu,kita tidak akan ada sebarang keraguan terhadapnya seperti makanan yang dimasak oleh ibu tersayang,walaupun orang lain rasakannya tidak sedap namun bagi kita itulah makanan paling sedap di atas muka bumi ini,sebab apa?Sebab kita sudah yakin yang makanan ibu kitalah makanan yang paling sedap,orang lain tidak dapat mempengaruhi kita.
Ingatlah,dengan sekadar percaya anda tidak akan dapat menangis takutkan neraka dan rindukan syurga seperti para sahabat.Anda mesti mempunyai yakin,yakin kepada Allah,yakin kepada Rasulullah,yakin kepada syurga,neraka,mati,mahsya,mizan dan segala-gala.Apabila anda sudah menguasai ilmu yakin ini,nescaya andalah sumaiyah seterusnya.Biarpun tombak datang menikam,namun anda tetap bersama Allah.
Persoalan seterusnya,bagaimana ingin menguasai ilmu yakin ini? Ya,nama lagi ilmu maka anda harus berguru,anda harus banyak membaca Al-Quran, bukan setakat baca tapi anda kena faham malah apabila dibacakan kepada anda ayat-ayat Al-Quran,maka mata anda berair,rindukan syurga takutkan neraka.FAHAM-kata kunci yang harus dikuasai sebelum anda yakin,bagaimana anda ingin meyakini sesuatu sedangkan anda tidak faham dengannya.Anda ingin mempercayai bumi itu sfera namun anda tidak pernah membaca,memahami mengenainya,maka apabila ada orang mengatakan bahawa bumi ini tiga segi dengan hujah-hujah yang bernas,anda akan terikut sama.Sebab anda masih belum faham.Apabila quran menyebut bidadari itu menarik,cantik dan menawan,anda tak merasakan apa2 ,sebab anda tidak faham bagaimana menariknya bidadari ni,bagaimana cantiknya bidadari ni dan bagaimana menawannya bidadari ni.Anda tidak faham.Namun, jika anda belajar bahawa cantiknya bidadari ni apabila kakinya dilihat oleh lelaki,semua lelaki akan mati disebabkan kecantikannya.Menariknya mereka apabila ditiduri mereka tetap dara dan menawanya mereka apabila di dada-dada mereka tertulis nama suaminya.Wah,apabila anda faham cantik,menarik dan menawannya bidadari ini,nescaya apabila disebut tentang bidadari anda akan tersenyum dan anda akan bernekad di dalam hati untuk berbuat amal soleh bagi mendapatkan mereka.Ya,secara tidak lansung,anda sudah yakin dengan syurga Allah,anda sudah yakin dengan janji Allah.So,anda kena faham sesuatu benda itu untuk timbulkan rasa yakin.Sahabat saya ada berteka, “jika sebuah lori yang sarat dengan buah durian terbabas,buah apa yang akan keluar daripada lori itu?”Mendengarkan teka-teki itu,saya cuba berfikir di luar kotak,ya la,takkan jawapan dia senang,mesti ada muslihat di sebalik teka-teki ini tapi saya gagal menjawabnya.Jawabnya, “buah durianlah,takkan buah lain yang keluar.Begitulah hidup kita,kalao kite selalu sebut awek,awek,awek,kompom apabila kita nazak kita akan sebut awek,awek dan awek.Tapi kalo idup kita selalu sebut Allah,Allah,Allah,kompom apabila kita nazak kita akan sebut Allah sebab hati kita sudah yakin bahawa Allah lah Kekasih awal dan akhir kita.”
So,cara yang paling logik untuk datang yakin ini,selalulah berzikir dengan nama Allah.Sabda nabi, “beza di antara orang yang berzikir dan tidak adalah seperti orang yang hidup dan mati.”

Nak Jadi Hebat Tak Perlu jadi Orang Lain



Diceritakan dalam satu kisah, ada lelaki yang bekerja sebagai pemecah batu di sebuah bukit. Pada suatu hari, lelaki ini termenung mengenangkan nasib diri yang dirasakan malang. Dia terpandang matahari, lalu dia berkata;
” Kalau jadi matahari kan best, besar, kuat dan boleh bakar siapa yang dia nak bakar.”
Tiba-tiba datanglah awan menutup sebahagian matahari itu. Lalu lelaki itu berkata;
” Bestnya kalau boleh jadi awan, awan mampu tutup matahari yang aku kata kuat tadi.”
Lelaki tadi terus memerhati si awan tadi. Apabila melalui kawasan berbukit, awan tersebut melanggar bukit lalu bentuknya berubah menjadi kecil-kecil. Lalu lelaki itu berkata;
” Hebatnya bukit. Mampu memecahkan bentuk awan menjadi kecil sedangkan sebentar tadi awan ini mampu menutup matahari.”
Selang beberapa minit, lelaki tadi tersedar;
” Eh, aku lagi la hebat sebab aku mampu memecahkan batu di bukit yang aku kata hebat tadi.”
Tamatlah cerita ini dan kesimpulan daripada kisah ini, boleh diambil satu pengajaran iaitu;
” Nak Jadi Hebat Tak Perlu Jadi Orang Lain! Jadilah Diri Sendiri.”
 Sebenarnya semua yang dikagumi oleh lelaki tadi merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Sehinggalah dia tersedar yang dia sebenarnya lebih hebat daripada bukit, sebenarnya lelaki itu juga manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Jadi kesimpulannya, Allah s.w.t. lah Yang Paling Hebat di atas muka bumi.

Monday, October 17, 2011

kerana aku seorang WANITA


Betul ke susah jadi wanita?
Sekurang-kurangnya kita sebagai perempuan atau wanita pasti terfikir tentang perkara-perkara yang dinyatakan di bawah. Allah tak adil ke?
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Sebab tu la kot wujudnya golongan Sisters In Islam(SIS) yang kononnya ingin menegakkan hak asasi wanita.
Tapi, pernahkah kita lihat realiti disebaliknya ?
1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang paling selamat dan baik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah dan terdedah pada pandangan mata-mata yang ingin mencurinya di tepi jalan bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya?
3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sementara apabila lelaki menerima warisan, dia perlu atau wajib untuk menggunakan harta tersebut untuk isteri dan anak-anaknya.
4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat, dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika dia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya di akhirat kelak.
5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Maksudnya, bagi seorang wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
6. Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat sahaja, iaitu :sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat kepada suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka dia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita… kan
Yakinlah, bahwa sebagai dzat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui akan segala ciptaanNya.
Yakinlah, hukum dan peraturan Allah adalah YANG TERBAIK bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan dan hukum buatan manusia.
Maka, berbahagialah wahai wanita-wanita sekalian. Tunaikan dan tegakkanlah kewajipan agamamu, niscaya syurga menantimu di sana kelak.
**********************************************

MATI itu PASTI









Tanda 100 hari sebelum hari mati. 
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. 

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. 

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. 
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 

Tanda 40 hari sebelum hari mati 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. 

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. 

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. 

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. 

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula

buat yang bergelar wanita:CANTIK


Cantik. Indah. Cinta. Bahagia. Ini adalah antara perkataan yang masih kabur tafsiran jika dilihat dari kaca mata makhluk bergelar manusia. Kerana ia melibatkan hati. Yang tafsirannya sangat subjektif. Ada yang kata hitam itu menawan, ada yang kata putih itu berseri. Ada yang meletakkan kombinasi hidung mancung dan kulit putih sebagai cantik. Ada yang mengatakan laut itu indah, ada yang mengatakan bandar yang penuh dengan bangunan konkrit itu menarik perhatian. Kerana lumrah manusia, rambut sama hitam, hati lain-lain. Perspektif setiap orang tidak sama.
Cantik. Jika saya berjalan dan bertanya kepada setiap orang dari rakan-rakan saya, pastinya pelbagai jawapan yang saya dapat mengenai bagaimana cantik itu akan nampak cantik di mata mereka. Jadi, tafsiran mana yang patut dinobatkan sebagai betul dan tepat? Sukar. Kerana makna bagi perkataan ini adalah subjektif. Jika ditanya satu tambah satu jawapannya berapa, mudah sekali mendapat jawapan yang tepat. Kerana soalan begini bersifat objektif. Namun bila berkisar tentang perkara yang melibatkan pendapat, lebih-lebih lagi bila ia melibatkan hati, mencari tafsiran yang pasti dari perspektif manusia adalah kerja sia-sia.
Mengapa sia-sia? Kerana kita takkan dapat menemui jawapannya. Baru sahaja kita faham bahawa cantik itu adalah dengan memiliki wajah yang lengkap bersolek, kita akan bertemu pula dengan pendapat yang berkata bahawa wajah yang cantik itu adalah wajah yang sentiasa dibasahi wudhu’. Dalam mencari, kita diberitahu cantik itu adalah dengan melepaskan rambut yang ikal itu dan biarkan ia beralun dengan langkah kaki yang sengaja dilenggokkan. Namun pada pertengahan pencarian itu, kita diajar pula bahawa yang cantik itu adalah yang menutup aurat dan menjaga maruahnya. Ada yang berkata pada kita, mata yang cantik itu adalah yang bundar dan bulat, ada pula yang berkata bahawa mata yang cantik itu adalah mata yang kuyu. Tatkala kita merasakan senyuman yang manis itu adalah yang ikhlas, ada yang lain berasa bahawa senyuman yang indah itu tak semestinya perlu ikhlas cukuplah jika orang yang senyum itu mempunyai rupa paras yang cantik. Tapi berbalik semula kepada tafsiran cantik itu, bagaimana kita dapat pastikan seorang itu cantik? Sukar untuk menjawabnya, dan mencari jawapannya juga adalah kerja sia-sia.
Faham maksud saya? Saya ingin tujukan semua ini pada sahabat-sahabat saya, kakak-kakak saya, dan adik-adik saya yang bergelar wanita. Kerana wanita telah cukup sinonim dengan kecantikan. Kecantikan inilah yang bisa menjadi duri paling tajam dan membinasakan, dan ia juga mampu menjadi keindahan yang mendamaikan. Bergantung pada pendirian dalam menetapkan maksud cantik itu sendiri. Percayalah berusaha untuk menjadi cantik dengan menjadikan tafsiran makhluk sebagai asas adalah kerja sia-sia dan merugikan. Kerana terlalu banyak pendapat, dan anda mungkin lemas dalam memenuhi kehendak menjadi cantik itu. Rugi.
Jika ada antara kita yang berusaha menjadi cantik demi memenuhi kehendak teman lelaki, berhentilah. Jika ada yang berusaha bermati-matian untuk memenuhi kehendak rakan-rakan kita bahawa cantik itu adalah dengan mempunyai tubuh badan yang langsing dan menggiurkan, kembalilah. Jika ada yang rasa bahawa untuk cantik itu adalah dengan berpakaian men’jerat’ tubuh, dihiasi perhiasan yang bergemerlapan dan harga sehelai baju juga mesti lagi mahal dari bajet makan untuk seminggu, sedarlah. Bukalah mata. Bukan kecantikan dari sudut pandangan itu yang kita cari. Bukan dari pandangan mata lelaki-lelaki yang bukan muhrim kita, bukan juga dari pandangan rakan-rakan kita, kerana mungkin hari ini kita dipuji cantik oleh mereka, tapi esok lusa kita mungkin tidak ubah seperti seorang nenek tua yang hodoh pada pandangan mata mereka. Kerana apa? Kerana hati mereka serapuh lapisan ais nipis di kutub utara, bila-bila sahaja ia boleh berubah. Jadi usah rugikan diri sendiri mengejar kecantikan di mata mereka. Dirimu begitu berharga. Tapi terpulang pada kita sendiri untuk memilih, mahu terus mekar dalam kecantikan yang mulia di sisi ALLAH atau menggadaikan maruah sendiri demi mengejar pujian manusia. Pilihlah. Pilihlah yang sebaiknya.
Nasihat saya, kejarlah kecantikan pada pandangan mata ALLAH. Kerana ia tidak bersifat subjektif. Ia jelas dan nyata. Tak perlu kos tinggi, mudah, indah dan menenangkan. Apakah kriteria untuk kelihatan cantik di mata ALLAH? Semua orang tahu rasanya. Tapi tegar membiarkan hati buta dek kerana mengikut nafsu yang menjadi raja. Rela membuat dosa dari jujur pada hati bahawa diri ingin kembali pada jalan Ilahi. Wallahualam.

sebuah artikel yang sangat menarik dan penuh dengan isi-isi yang bermakna



ARTIKEL DARI BLOG: AZZARIYAT.COM)(Anda digalakkan untuk berkongsi artikel Azzariyat di blog anda,sebarkanlah Islam ke setiap penjuru dunia.Arigatou ne ^^)

WAHAI LELAKI, APA YANG KAMU DAPAT SEBENARNYA ??


Zaman sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Sekarang teknologi sudah moden. Orang ramai bebas menyuarakan pendapat  mereka tidak kira pendapat dari sudut mana sekalipun melalui blog dan sebagainya. Ada yang suka mengulas tentang gossip artis, ada yang suka mengulas tentang politik tapi apa yang membanggakan, ramai yang lebih selesa berkongsi tentang Islam dewasa ini. Tidak dinafikan, blog berunsur Islamik bertambah dari masa ke masa ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Bukan saja blog Iluvislam, Saifulislam, langitilahi dan azzariyat sendiri contohnya, banyak sekali perkongsian tentang islam. Dan dari situ, semakin ramai orang yang menyedari dan memahami tentang tuntutan Islam dalam kehidupan manusia. Ramai yang sudah menyedari tentang kewajipan berdakwah, ramai yang sudah  menyedari tentang cinta sebenar. Dulu heboh diperkatakan, diperdebatkan tentang haramnya bercouple sehingga mencetus pertikaman lidah antara rakan. Hakikatnya, manusia itu sendiri tidak kira lelaki atau wanita, sudah semakin menyedari tentang hakikat cinta dan bagaimana manisnya cinta jika ia dirasakan dengan cara yang halal.
Kini timbul pula kisah ‘pancing memancing’. Lelaki seakan-akan bangga, malah sangat bangga menceritakan bagaimana kehebatan mereka ‘memancing’ wanita kemudian lepas. Mungkin mereka nampak hebat apabila mampu buat begitu. Artikel kali ini saya tuju buat semua tapi khas buat kaum adam. Saya tuju untuk lelaki yang biasa-biasa, malah lebih khas lagi saya tuju kepada lelaki yang sangat taat pada agama, lelaki yang solat berjemaah di awal waktu, lelaki yang selalu bangkit solat malam, lelaki yang ayat-ayat al-quran selalu menari-nari meniti bibir, lelaki yang merasakan dia sudah cukup taat pada Allah tetapi dalam masa yang sama, dia tidak pernah terfikir dia sudah menyakiti hati makhluk Allah yang lain iaitu wanita. Saya berdoa supaya setiap ayat yang saya tulis dalam article kali ini direhai Allah dan semoga emosi tidak mengatasi niat untuk berkongsi.
Wahai lelaki,
apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila kamu ‘memancing’ wanita
Kamu menyentuh hati wanita
Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian
Wahai lelaki,
Pasti kamu salahkan wanita
Mengapa mengharap kepadamu
Tapi kamu perlu tahu
Wanita hatinya cukup lembut
Bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai
Pasti kamu pertikaikan
Siapa suruh berharap?
Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu
Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu?
Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan
Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?
Wahai lelaki
Kami akui wanita sangat mudah perasan
Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita
Kami redha dengan kelemahan itu
Tapi wahai lelaki
Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini
Bukanlah untuk mengambil kesempatan
Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami
Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu
Membimbing wanita yang lemah ini
Maka kamu perlu tahu
Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas
Wahai lelaki
Apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila sudah berjaya pancing wanita,kemudian kamu lepaskan dia
Mungkin kamu dapat pujian melambung dari kawan-kawan
Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan
Tapi pernahkah kamu fikir
Kedudukan kamu disisi Allah?
Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain
Wahai lelaki
Jika kamu seorang yang taat,
Jika kamu sangat menjaga solat kamu
Mengapa lakukan ini pada wanita
Bukankah solat itu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran
Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim?
Wahai lelaki, kecoh sekali kamu hebahkan
Bahawa kamu mahu isteri yang solehah
Tapi dalam masa yang sama
Kamu tidak putus-putus memancing wanita
Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki
Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya
“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)……………” ( An-Nur : 26)
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik
Adakah layak kamu peroleh wanita solehah
Andai kamu sendiri menyakiti hati kaum bakal isteri kamu
Adakah kamu rasa diri kamu cukup soleh
Semata-mata kamu menjaga solat padahal solat kamu
Tidak sesekali mencegah kamu menzalimi kaum wanita
Hakikatnya wanita memang mudah perasan. Apa yang manusia lihat, wanita lah yang perasan, tapi pernahkah  terfikir, siapa dulu yang buat wanita perasan? Siapa dulu yang mencipta bait-bait ayat untuk buat wanita perasan.  Kepada kaum lelaki, mungkin kalian tak rasa apa-apa dengan artikel ini tapi kami kaum wanita tidak akan putus berdoa supaya Allah membuka pintu hati kalian untuk mengerti betapa kamu diseru melindungi kaum wanita jauh sekali menyakiti hati mereka. Jika kamu rasa wanita bodoh dan sangat mudah dipermainkan, tidak mengapa kami terima. Tapi ingatkan diri kamu, Allah s.w.t Pencipta wanita itu sangat adil sifatNya. Dan semoga sifat Allah yang adil itu dapat membuat kamu muhasabah diri kamu. Jika kamu menyakiti hati wanita, tidakah mustahil jika akan tiba masa kamu disakiti.
“ Kaya lelaki kerana akhlak mahmudah,
tampan lelaki kerana kejernihan wajah.
Manis lelaki kerana senyuman indah dengan niat sedekah.
Tinggi lelaki kerana kesederhanaan.
Hebat lelaki kerana kesabaran dan mulia lelaki kerana keimanan yang teguh.”
Wahai lelaki, dengar lagu ini. Supaya kamu lebih kenal siapa wanita sebenarnya, dari mana wanita dicipta. Bukan dari kaki untuk dialasi, bukan pula dari kepala untuk kalian junjung tapi wanita dicipta dari rusuk lelaki yang dekat dihati supaya mereka dilindung.