BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 23, 2011

~minat kembali semula~

hye! ASSALAMUALAIKUM semua. waduh. lama juga tak post entri baru nie. maklumlah tak da masa. heheh. ok untuk entri kali nie ak nak cerita pasal sebuah drama korea yang berjaya menarik minta ak untuk terus melekat depan laptop semata-mata nak abiskan cerita nie. heheh. best la citer nie. 1st time ak jaTuh cinta pada cerita korea yang ad unsur2 lawan2 nie.. penyiasatan.. selalunye ak minat cer korea yg love2 je. hahah. kali nie berlainan pula taste ak. hehehe.. ha nak tau tak cerita apa?? nie ha ak tunjuk cover drama nie >>>>

ha.... pelakon yang terlibat dalam drama City Hunter nie yang ak kenal la kan. tapi dye tak la kenal ak. hehe. Lee Min Ho.. min ho nie pernah jadi hero dlm cerita Boys Before Flower, one of my favourite korea drama la.. heheh.. handsome woo min hoo nie, waduh. jatuh cinta ka dibuatnye.. pelakon lain dalam drama nie ak tak bapa cam sgr. even heroin dye park min young tu pun ak tak pasti dye ad berlakon dlm drama ap ag. ehhe. btw, mmg best la jalan cerita drama nie. ada sedih, gembira, percintaan, nilai2 kekeluargaan. macam2 pngjran la yg kite boleh amik. ehehhe... ak tak nak la cer ngan lebih lanjut jalan cerita drama nie sbb ak pun tak dapat nak tngok LAST EPISODE ag sbb msih tak kuar kat tenet. hehe. tapi setakat nie mmg ak berpuas hati la ngan drama nie....tak terlampau bnyak konflik pasal percintaan tu yg menarik. kdg2 boring gak kalu konflik pasal percintaan nie. heheh.... mmg lain dari yg lain la cer nie. Tahniah ak ucapkan kepada pengarah drama nie. mgkin ad pendapat yg ckp cer ni tak best, tapi bagi ak drama nie mmg best.. hehehe....

ak admire gila kat LEE MIN HO>>>>

muah muah muah. hahaha <3 

Wednesday, July 20, 2011

kata-kata dari seorang hamba Allah merangkap senior untuk ak la,


 ingat satu.. semua berasal dari hati.. jika hitam hati itu.. gelaplah smuanya.. tapi sesuatu tentang sahabat.. sentiasa ada cahaya biar gelap yang macamana pun. dan sesungguhnya hati itu xdapat menipu.. cuma diri, hati dan tuhan saja yang tahu.. mana satu kawan.. mana satu sahabat..


nak TAHU siapa SAHABAT kita, tanya HATI korang.

alya aqilah binti zainal abidin ~ i love her so much~
aimi naquiah binti sahadan ~she makes me always laugh~ haha
nurul atikah binti mohd khairi~ usatazah kami~ hehe
tiara nurbani binti zahidi~  seotak n sekapala~
afiqah binti azlan~ sama sama minat novel~
noor kamsiah binti abdul hamid~ pandai melukis, terer math~

tak kan sama erti kawan dan SAHABAT~  mereka sahabat saya DUNIA dan AKHIRAT!!

hayatilah bait-bait lrik TEMAN SEJATI ini~

Selama ini
Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
Pada Mu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah ku temui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
Kepada Mu Allah
Ku panjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

Kepada Mu Allah
Ku pohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah ku ungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita



~ jika kita ingat kita bagus, jangan kita lupa banyak lagi orang yang lebih bagus dari diri kita~

Friday, July 15, 2011

akhirnya~

haha. dalam older post ari 2 ak ada ckp yg ak akan berwajah baru.. hehe. yang sebenarnye.. wajah baru tu bukan ak buat plastik surgery ke apa.. haha.. just ak pakai BRACES... hehehe.. kasi susun balik gigi ak yg tunggang terbalik tu. HAHAHA...


sebenarnye dah lama ak menanti nak pakai brace nie... sejak form 4 ag.. waktu form 5 ak dah daftar kat hospital kerajaan tapi hospital kerajaan soh ak tunggu turn, sebab terlampau rmaia yang nak buat . n ak punya giliran ntah yang keberapa la.. huhu.. ak sedeh :(

then penghujung SPM, ak ad luahkan hasrat kat mak ak, hmm... makk... kalu yah dapat SPM ok hmm.. yah nak buat gigi besi boleh? tapi bukan kat hospital kerajaan kita buat kat swasta... Then mak ak ckp, InsyaAllah, kalu ad rezeki lebih kite buat kat swasta.. uwaaa... sejak dengar tu ak bersyukur sgt2....... Sssayang mak sgt2.. huhu.. sebak...

sebabbbbbb... rawatan gigi besi kat klinik swasta sangat tinggi kos nye... huhu.. ak bnyak kali gak berfikir nak buat ke tak.. tapi.... ak mmg tak selesa ngan keadaan gigi ak yg sebelum nie..mmg ak perlukan braces nie... huhu.. but ak janji dalam diri ak, InsyaAllah ada rezeki ak akan balas balik jasa my mum yang kuarkan perbelanjaan untuk buat gigi besi ak nie.. huhu......... that's my promise!!!!!

ak ingatkan senang je proses nak buat  BRACES ni,. huhu.. tapi...... byak stepnye..... sebelum bersedia untuk ikat gigi, ak kena buat rawatan akar gigi dahulu.. sebab ada satu gigi ak yg akarnye dah rosak... 3 kali rawatan tu ak kena lalui... hehe.. 1st rwatan skit jugak la...2nd rawatan ok dah.. tak sakit. third rawatan .. yehhhh. ak dah boleh lalui.. hehehe.... then lepas abis awatan akar gigi,  ak kena lalui 4 cabutan gigi... uwaaa... bunyi macam seriau kan.. dalam satu hari 2 cabutan ak kena buat.. huahua..mula2 ingt skit sgt.. but... hehe.. lepas tu ok je .. heheheh.. cabutan terakhir , a little bit sakit la.. sebab gigi yang dicabut tu besar.. hahaha......

and... tanggal 15.7.2011, ak dah star proses mengikat gigi.... ak mula ikat pukul 1.15 tengah hari n selesai dalam 1.40.. sekejap je la.. sbb ak tak banyk komplikasi,, hehe.. senang doc nak buat...



nak cakap jujur la kan. mula2 pakai mmg rasa lain sangat2.. haha.. nak mengunyah sakit.. hehe.. tapi nak cakap ok je la.. hehehe.... Ist colour utk braces ak nie ialah KELABU... hehehe.. then bulan depan ak nak tukar warna lain pulak.. heheheh...


GADIS SI GIGI BESI~~

Monday, July 11, 2011

biaq orang buat kat kita, jangan kita buat kat orang~

buat apa? paham2. ja.. haha.. itu prinsip ak.sbb bagi ak, dlm dunia nie kita sama sahaja, manusia biasa, apa yang ada kat kita hanya pinjaman yang maha Esa, entah esok, entah lusa, entah tulat bila2 masa sahaja Allah boleh tarik semula apa yang kita ada.. so nak cakap kat sini kita perlu BERSYUKUR sentiasa~ pasal dosa pahala jgn senang2 nak judge orang, sebab dosa pahala bukan kat tangan kita, yang menetukannya yang maha Kuasa, sebagai makhluk di bumi ini, jagalah iman kta~ selagi kita kuat n tabah tentanglah anasir2 jahat yg berada di sekeliling kita.. :))



cer cter kat ak, dalam dunia nie apa hak kita? tak da kan semua milik Allah. kita nie sbgai hambaNya, perlulah menggunakan segala yang dikurniakan dgn sebaik mungkin, andai ada rezeki lebih, belanjakan ke jalan yang di redhaiNya,,,


~bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. InsyaAllah dengan rasa kesyukuran ini kita akan belajar erti kesabaran ~

eh! kenapa awak minat tulip?

jika ditakdirkan satu hari NANTI ak bertemu dengan insan bernama lelaki dan dialah peneman hidup ku, ingin saja aku luahkan ini,

awak... sya suka tulip
awak... sya teringin nak tengok tulip
awak... sya teringin nak sentuh kelopak-kelopak tulip
awak... sya ingin tulip jadi simbol ikatan cinta kita
awak... andai awak tak mampu temukan sya dengan tulip asli, tulip plastik pun jadi la.... hahahahaha

tapi memang aku jatuh cinta pada keindahan bunga TULIP....... Ya Allah indahnya ciptaanMu  :)

kenapa aku minat gila kat tulip? kiranya tulip is my 1st choice kalu suami ak nak bagi bunga, kalu payah sgt suami ak nak carikan bunga tulip, 2nd ak pilih bunga mawar or ros... pilihan ketiga tak da~~~ hahahah.... ak suka bangat sih sama bunga tulip... ntah la, kalu nak tngok perbezaan ngan bunga mawar, bunga mawar ada bau, bunga tulip nie ada bau ke? hmmmmmm.. rasa2 nye tak da..... arghhhhhh..ak suka TULIP........ yg ak tau kat LEIDEN bnyak tulip.. wahhhhhh...cantik bangat la warna2 bunga tulip, macam2 colour,,, ishhh geram nye ak.... Oh suami, nanak tulip sekuntum :)) hahaha.

setakat nie tak jumpa ag la TULIP yg betui punya,, huhu... asal dpt tngok kat INTERNET pun jadi la... huhu..nah utk tatapan rakan2 yg sudi bca blog ak nie.. hukhuk :))

TULIP, indahnya setiap kelopak-kelopakmu, indahnya.... warna-warna yang menghiasi kelopakmu.....TULIP oh TULIP
....... Ya Allah indahnya ciptaanMu! Allahuakbar!





ha... tengok macam2 warna kan bunga tulip nie!! hehe.. cantik tak cantik tak??? hahahah...
                                 ONE DAY I WILL HAVE THE TULIPS!!!!!!!!!

TAK KIRA LAH SUAMI BAGI KE, TAK KIRA LAH PERGI LEIDEN BELI SENDIRI KA.. HAHAH.. YANG PASTI ITU JANJI SAYA, NAK JUGA TULIP!! :)

Saturday, July 9, 2011

malam dan puding karamel

entah . kenapa . tiba-tiba. teringin pula nak buat puding karamel. apa lagi search google. kat myresepi. eh ada pula la resepi puding tu. Ha. apa lagi. laju je la amik resepi. then check barang2 kat dapur. yes. ada semuanya. then. apa lagi mula kan misi membuat puding karamel! yahooo.... nie ha,ak kongsi resepi~~ sesiapa yg nak ,mencuba boleh la amik resepi nie. 
·         400cc(400ml) susu segar/susu cair
·         5 sudu besar gula halus
·         3 biji telur- pada suhu bilik
·         2 biji telur kuning-pada suhu bilik
·         2-3 titik esen vanila
·         [ KARaMEL ]
·         5 sudu besar gula
·         2 sudu besar air
Cara-cara
  •  Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  •  Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  •    Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  •  Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  • Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 mini
  • Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  • Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  • Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

~ SELAMAT MENCUBA~

Friday, July 8, 2011

Al Kisah Si Pilot~~

Sejak akhir0akhir ini perkataan pilot ( dlm ENGLISH) but dalam bm juruterbang meniti di bibir rakan-rakan sekampus ku. HAHA. rasa nak gelak pun ada setiap kali depa cakap ceiii...pilot..pilot..pilot.. hahaha... padahal?? apa kisah di sebalik perktaan keramat nie? P.I. L.O.T.


Kisahnya pun bermula~~
Sebuah novel karya Aisya Sofea telah membawa ak ke alam khayalan. HAHA. mana taknya, watak hero dalam novel ini ialah seorang PILOT. permulaan cerita ini telah membuatkan ak tergambar-gambar perwatakan ADAM MUKRIZ. Mana taknya, dari segi penceritaan aisya sofea yang menggambarkan gaya ADAM MUKRIZ sebagai seorang PILOT membuatkan aku jatuh cinta pada kerjaya PILOT. haha. lawak la.... padahal~~~ ingat senang ka nak dapat suami PILOT. haha.... macam langit ngan bumi la angan-angan ak. haha. tapi itu sekadar angan-angan.. sejak ak bercerita kat kawan2 sekampus yg sejak baca novel ini ak mengidamkan suami pilot. sejak itu depa pun start la dok nyakat ak... haha...

nak jadika cerita pula, waktu tu kelas EQ, kebetulan lect kami dok cerita pasal kerjaya, lect kmi cer la yg anaknya dpt tawaran jd cigu but anak dia tak minat, so sekarang ni anak lect kami nie sedng menymbung pengajian di kolej swasta dalam bidang kapal terbang la~~ macam tu la. ak pun gatai tanya kat lect tu:

ak: encik, anak encik laki ke pompua?
lect: lelaki, sebaya ngan awak semua la.... haha
lepas tu yg kawan2 kelas ak pun ap lagi tanpa segan silu dok bisng2 sebut nama ak,.. naik malu ak dibuatnya... hehe... yang dak pompuan dok cakap PILOT..PILOT.. hahaha....

itu lah kisahnya~~ pada hal tak da apa2 pun.. sebab bagi ak, ak tak layak untuk bersuamikan PILOT.. hehe.. I'm KnoW how i am~~ just angan2 sahaja.. hehe... but sekarang ni i'm waiting for DIN~~~~ HAHAHA. :)

NIE LA NOVEL ADAM & HAWA tu. ak dah 3 kali ulang baca novel nie:

"ain tak pernah terfikir ke kenapa am terima ain dalam hidup am" tanya am padaku.. "bukan ke sebab dee yang cabar,jadi buat apa ain nak tanya lagi" kataku mendengus geram. "ain tak nak tahu cerita sebenar ker??" "kalau nak cakap,cakap jerlah jangan buat ain macam ni, xsukalah" bicaraku dengan geram. "am pilih ain sebab am tahu ain boleh jadi isteri yang baik walaupun umur ain masih muda waktu tu" kata am."tapi kenapa ain?" soalku seakan tidak berpuashati. "sebab am dah mula sayangkan ain,sejak dulu" aku terkejut dengan jawapan am. "ain bukan macam pempuan yang selalu dengan am, ain bukan cikgu zauyah,linda,dee dan semua perempuan yang terkinja-kinja dengan am" kataku. "sebab ain bukan cikgu zauyah,linda atau dee yang selalu pergi pada am, sebab tu kasih sayang am pada ain kuat" aku terkedu.~~

ADAM DAN HAWA

surat purple untuk Yah.... hahaha

eh silap. bukan untuk yah. but SURAT UNGU UNTUK NUHA. hee. Alkisah pembelian novel Noor Suraya nie ialah sewaktu ak ngan kwan2 kelas g ronda2 JAYA JUSCO. Cadangnya nak g makan KFC. alih2 smpt ag kami ronda2 gi POPULAR, MPH. hee.. cuci-cuci mata. sewaktu kat MPH.. ak dok belek2 novel2 yg ad kata sana tetibe ak tertarik ngan cover SURAT UNGU UNTUK NUHA ini. santai dan menarik perhatian ak. Ak pun apa lagi 2 kali fikir terus p kaunter then bayar. haha. Alang2 dah ada koleksi novel Noor Suraya yang per1 iaitu JAJA & DIN apa salahnye ak tambah koleksi novel tulisan dr Noor Suraya lagi. HA.! nie dye cover novel tu.. tngok betul2 nah..hee...


Judul: Surat Ungu untuk Nuha
Penulis: Noor Suraya
ISBN: 978-983-43217-3-4
Harga: RM20.00
Harga pembelian melalui pos: RM18 


Sinopsis Belakang Buku:

Nuha:
Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar.

"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya.

Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"

Muzzammil:
Nuha, benarkah... tidak semua ombak menemui pantai?
kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hati dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yang satu
serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku

pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku yang sedang jatuh hati kepadanya


Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspres Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu!


Kisah santai berkisar hidup Nuha bermula saat dia menaiki keretapi ke utara, setelah dikecewakan atau lebih tepat-sendiri mengecewakan diri sendiri. Novel ini banyak tentang perasaan dan percakapan di dalam hati watak yang ada di dalam cerita. 


SERBA RINGKAS TENTANG NOVEL NIE~~
Mula dengan Nuha yang geram dengan penumpang keretapi disebelahnya, hingga ke watak Alang Rebus Tak Empuk yang cuba nasib mengurat Nuha, peristiwa diketuk dengan buku tebal Nuha memang tidak dapat dilupakan. Nuha sombong, garang dan berlagak!. Itu pendapat Alang, pada Nuha pula sebaliknya, Alang gatal dan mengada-ngada.

Kisah tarik tali antara Alang dan Nuha berlaku hampir tiga suku novel, dan tiba2 adegan Alang tercedera berjaya menarik perhatian ak. Dia buta akibat perbuatan Mat Donggi penagih tegar yang sentiasa terselamat dari tangkapan pak polisi. Juga adegan bagaimana Alang membawa diri ke Tasmania, menyebabkan Nuha merindui usikan Alang. Bagaimana Nuha menyelamatkan diri dari perbuatan Mat Dongga yang cuba mencabulnya. 

Kisah silam terbongkar, dan adegan seterusnya penuh kepiluan dan kesyahduan...


NOVEL nie:

menarik, tertarik dan menawan hati ak!
untunglah NUHA da ALANG di sisi. heee.
ak suka gaya Noor Suraya membawa watak Alang yang ala-ala seniman negara yang meluahkan rasa melalui puisi. Salah satu sebab kenapa ak tertarik dengan gaya penceritaan novel nie adalah kerana puisi-puisi yang terselit dalan novel ni buat ak terawang-awang dalam dunia penulisan....


Satu pengakuan ak di sini ialahsaat pembacaan ak di muka surat ke-162,air mata ak jatuh tak tertahan-tahan. Ak menangis sungguh-sungguh..huhu. Ak tak tau kenapa lar jiwang sangat tatkala itu.. tapi itu lar yang terjadi bila sampai ke part itu..


jujur Novel Surat Ungu Untuk Nuha berbeza dengan novel2 cinta yang telah ak baca setakat ini.... Tahniah Noor Suraya kerana telah menghasilkan sebuah novel yang mampu membuat pembacanya jatuh cinta pada penulisan anda!!! :)))

Thursday, July 7, 2011

Din. Kau buat aku jatuh cinta pada watak kau!



Tajuk buku: Jaja & Din

Penulis: Noor Suraya

Harga: RM20

Halaman: 482 m/s

Penerbit: Jemari Seni Publishing

Sinopsis (ambil dari cover belakang buku):


Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?
A. katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
B. rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
C. kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
D. segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar

Jaja telah memilih jawapan C.

Implikasinya:
Abah: Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu ni!
Mama: Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala 'zuhud' macam Din nanti?

HA! APA MACAM BEST TAK SINOPSIS NOVEL NIE! HEE. UTK PENGETAHUAN SEMUA INI ADALAH NOVEL PERTAMA NOOR SURAYA YANG AKU BACA :)..... MULA2 AK JUST PINJAM DR KWAN PASTU SEBAB TERLALU SUKA NOVEL NIE. AK KIRIM KAT KAWAN AK. KEBETULAN DIA PEGI PESTA BUKU ANTARABANGSA KAT KL HARI TU.. MELOMPAT-LOMPAT AK DIA KOL CAKAP NOVEL TU AD JUAL KAT SANA.. :)

novel jaja n din nie buat ak jatuh cinta pada watak DIN. serius ak cakap. ak slalo doa dalam solat semoga dipertemukan lelaki seperti DIN.ak suka watak DIN, tahniah kepada Noor Suraya sebab dpt wujudkan watak DIN yang ak rasakan betul2 hidup dalam novel nie. :) Nie antara part2 dalam novel JAJA & DIN yang paling aku suka.
...Din?
Din sajakah? Atau Din apa? Shamsiruddin, Shaharuddin, Shiffuddin, Shanazzuddin, Isllahuddin? Habis senarai anak-anak lelaki arwah Makcik Syikin, dia sebut. Atau nama dia Mydin?
Isy, ada ke Mydin... tak glamor langsung nama tu untuk orang sekacak dia. Kalau Nini tahu aku jatuh hati pada orang namanya Mydin, tentu dia ketawa tak cukup mulut! Yalah, Mydin tu nama supermarket! Maidin tu nama pelawak zaman dulu-dulu yang Kak Bedah suka. Kak Bedah?

******

"Din, syaitan suka sembunyi dalam bilik air kan?"
"Jadi?" kata Din selepas habis menjawab azan, dan membaca doa untukmengaminkannya.
"Jaja takut masuk bilik air waktu ini. Kena teman!"
"Baca doa masuk tandas!"
"Jaja tak hafal! Tak ingat dah!"
Isteri aku ni la. Dengan lembut Din menarik tangan Jaja. Memanglah kena bacakan cerita Atikah binti Zaid dengan Abdullah anak kepada Saiyidina Abu Bakar ash-Siddiq malam ni!

******

...Justeru, tip nombor satu untuk menjadi isteri yang disayangi Din, Jaja mesti belajar sedikit politik dunia Islam dan sejarah semula. Jaja tidak mahu malu, apabila Din bercakap tentang Taman Babylon, Jaja bercakap tentang Botanical Garden pula. Jangan pula Din bercakap fasal Salahuddin al-Ayubi, Jaja bercakap fasal Jalaluddin Hassan.

******

..Burhanuddin mengeluarkan sepasang anting-anting emas yang panjangnya satu setengah inci, dan di hujung bawahnya ada sekuntum bunga dengan lima kelopak kecil warna biru nilam. Biar Jaja sentiasa ingat, Rukun Islam itu lima perkara.

Jaja sudah cemas dan berdebar. Seronoknya! Cantik sangat!

Alah, Jaja tu kalau Din bagi batu jalan buat subang pun dia cantik.

Betul cantik sangat!!! Kau orang yang iri!

******


superrrrbbbb!!!!! JAJA & DIN memang terbaik. Walaupun novelnye tak tebal mana tapi pendekatan cerita dalam novel nie buat ak terbawa-bawa dalam mimpi. Aku suka watak Jaja, begitu juga ak suka watak Din... Novel nie bukan percintaan semata-mata. tapi lebih ke arah pendekatan Islamik, berani ak kata kat sini.. tak rugi kepada sesiapa yang memiliki novel nie dan membacanya,!!!!! untuk novel nie ak tak bagi bintang.. sebab novel nie tak perlu dinilai dengan bintang. sebab novel JAJA & DIN memang best!!!!!! :)))