BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 8, 2011

surat purple untuk Yah.... hahaha

eh silap. bukan untuk yah. but SURAT UNGU UNTUK NUHA. hee. Alkisah pembelian novel Noor Suraya nie ialah sewaktu ak ngan kwan2 kelas g ronda2 JAYA JUSCO. Cadangnya nak g makan KFC. alih2 smpt ag kami ronda2 gi POPULAR, MPH. hee.. cuci-cuci mata. sewaktu kat MPH.. ak dok belek2 novel2 yg ad kata sana tetibe ak tertarik ngan cover SURAT UNGU UNTUK NUHA ini. santai dan menarik perhatian ak. Ak pun apa lagi 2 kali fikir terus p kaunter then bayar. haha. Alang2 dah ada koleksi novel Noor Suraya yang per1 iaitu JAJA & DIN apa salahnye ak tambah koleksi novel tulisan dr Noor Suraya lagi. HA.! nie dye cover novel tu.. tngok betul2 nah..hee...


Judul: Surat Ungu untuk Nuha
Penulis: Noor Suraya
ISBN: 978-983-43217-3-4
Harga: RM20.00
Harga pembelian melalui pos: RM18 


Sinopsis Belakang Buku:

Nuha:
Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar.

"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya.

Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"

Muzzammil:
Nuha, benarkah... tidak semua ombak menemui pantai?
kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hati dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yang satu
serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku

pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku yang sedang jatuh hati kepadanya


Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspres Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu!


Kisah santai berkisar hidup Nuha bermula saat dia menaiki keretapi ke utara, setelah dikecewakan atau lebih tepat-sendiri mengecewakan diri sendiri. Novel ini banyak tentang perasaan dan percakapan di dalam hati watak yang ada di dalam cerita. 


SERBA RINGKAS TENTANG NOVEL NIE~~
Mula dengan Nuha yang geram dengan penumpang keretapi disebelahnya, hingga ke watak Alang Rebus Tak Empuk yang cuba nasib mengurat Nuha, peristiwa diketuk dengan buku tebal Nuha memang tidak dapat dilupakan. Nuha sombong, garang dan berlagak!. Itu pendapat Alang, pada Nuha pula sebaliknya, Alang gatal dan mengada-ngada.

Kisah tarik tali antara Alang dan Nuha berlaku hampir tiga suku novel, dan tiba2 adegan Alang tercedera berjaya menarik perhatian ak. Dia buta akibat perbuatan Mat Donggi penagih tegar yang sentiasa terselamat dari tangkapan pak polisi. Juga adegan bagaimana Alang membawa diri ke Tasmania, menyebabkan Nuha merindui usikan Alang. Bagaimana Nuha menyelamatkan diri dari perbuatan Mat Dongga yang cuba mencabulnya. 

Kisah silam terbongkar, dan adegan seterusnya penuh kepiluan dan kesyahduan...


NOVEL nie:

menarik, tertarik dan menawan hati ak!
untunglah NUHA da ALANG di sisi. heee.
ak suka gaya Noor Suraya membawa watak Alang yang ala-ala seniman negara yang meluahkan rasa melalui puisi. Salah satu sebab kenapa ak tertarik dengan gaya penceritaan novel nie adalah kerana puisi-puisi yang terselit dalan novel ni buat ak terawang-awang dalam dunia penulisan....


Satu pengakuan ak di sini ialahsaat pembacaan ak di muka surat ke-162,air mata ak jatuh tak tertahan-tahan. Ak menangis sungguh-sungguh..huhu. Ak tak tau kenapa lar jiwang sangat tatkala itu.. tapi itu lar yang terjadi bila sampai ke part itu..


jujur Novel Surat Ungu Untuk Nuha berbeza dengan novel2 cinta yang telah ak baca setakat ini.... Tahniah Noor Suraya kerana telah menghasilkan sebuah novel yang mampu membuat pembacanya jatuh cinta pada penulisan anda!!! :)))

1 comment: